Tuesday 5 April 2011

Break Ups

Susah-senangnya seseorang manusia melalui putus cinta itu hanya kerana ia berhubung kait dengan gangguan emosi stress. Secara ringkasnya bagai kau sekarang kehilangan seseorang yang kau hargai, dan tak semestinya hanya untuk relationship, boleh berkait dengan persahabatan, ahli keluarga and what not.

Player? NOT!
Janganlah kau bercinta dengan seseorang itu kerana ia sesuatu yang menyeronokkan because you are playing a game that involve hearts.

Bahagian paling susah melalui break ups ini bila kau salahkan diri sendiri

"What did I do wrong? It was so good at the beginning. What went wrong?"

Lepas tu kau lihat mana salahnya diri kau. Saat itulah yang paling menyakitkan hati dan saat itulah yang salah. Kau tak percayakan pada diri sendiri. Kau gagal memahami betapa hebatnya diri kau itu. Hanya kau  sahaja tahu bagaimana kau lakukan tanggungjawab sebagai seorang kekasih yang setia selama di dalam hubungan itu. Jadi kau tidak boleh memegang, menelan, menggenggam putus cinta itu pada diri sendiri.


Kadang-kadang kau tidak tahu nilai diri sampai sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali dengan orang yang baru sahaja tinggalkan kau. Kau sanggup tukar penampilan diri kau, kau sanggup merayu, sanggup melakukan apa sahaja, whatever it takes to get them with you back but honestly, jika kekasih itu berasa lega dengan tiadanya kau di dalam hidup dia dan jika memutuskan hubungan dengan kau membuatkan dia happy, then usahlah kau membazir masa dan tenaga kau. Just let it go.


You might feel worthless to one person but you are priceless to another. 

Jangan sesekali kau lupakan nilai diri kau sendiri.

No comments: