Tuesday, 5 April 2011

My melody of Life

Bismillah,

Mereka kata untuk melepaskan diri ini terikat pada kisah lama yang menghantui setiap gerak geri dalam menjalani hidup ini adalah dengan berjalan ke arah positivity out of your own freewill. 

Freewill

Aiman Ariffin by Saiful Ridzuan

Susah sebenarnya. Susah untuk meninggalkan sesuatu, seseorang yang kita sayang, seseorang yang kita ingin peluk erat selalu supaya dia tidak lari daripada dakapan kau. Tetapi, cinta itu datang dan pergi tanpa menunggu atau memberi amaran. Bagaikan angin taufan datang menghancurkan segala yang menghalangnya dan pergi. Sekuat mana genggaman tangan kau iti, cinta tetap melarikan membebaskan diri daripada celahan jari jemari itu. 

Cinta pergi. Apa yang tinggal hanyalah kenangan bersama. 

You cry your heart out
You shout your heart out
You scream your heart out
You pour your heart out.

Kau rebah, pandang ke langit dan kata "Di manakah salah aku? mengapa dia pergi? mengapa ia harus berakhir?"

Tetapi tiada siapa menjawab pertanyaan yang berkali-kali timbul di dalam benak fikiran kau. Setiap kali kau pejamkan mata itu, wajah muka dia terbayang-bayang bagai mengejek diri kau. Bila kau berjaya mengambil satu langkah ke hadapan, kau lihat serpihan kenang-kenangan bersama di atas lantai. Perit, Sakit, Pahit, tetapi kau tetap berjalan. Sabar dan kuatkanlah hatimu wahai manusia kerana semua itu ujian diturunkan olehNYA.

Suatu hari nanti kau akan sampai satu peringkat di mana you're strong enough to walk and look at the open wide sky and start all over again. To listen to your own melody of life. A new beginning.



No comments: